Blog Archive

Tuesday, 10 May 2011


Kami menyambung perjalanan. Selang beberapa minit kemudian, kami tiba di satu perhentian, di mana terdapat papan tanda hijau merujuk salah satu laluan ke Gunung Santubong iaitu laluan ke puncak. Kecuraman trek menokok secara ketara dan kepenatan menghadap bukit mencanak benar-benar kami rasakan.

Kemudian, kami tiba di cek poin F8 yang mempunyai bangku dan meja kayu. Berdasarkan papan yang tergantung di dahan pokok, masih ada 730 meter lagi jarak yang harus kami tempuhi. Kami benar-benar kemengahan dengan keringat mencurah tanpa henti sekali gus memaksa kami berehat di atas bangku. Bayu yang menghembus perlahan dari celah-celah dahan pokok yang menghijau memberikan kesegaran yang amat dinanti-nantikan oleh setiap pendaki.



No comments:

Post a Comment