PELUANG yang dinanti-nantikan untuk mendaki Gunung Santubong di Kuching, Sarawak tiba akhirnya di satu pagi yang cerah...30 april 2011 merupakan tarikh bermulanya aktiviti mencabar bagi saya di Sarawak. Semuanya bermula seawal jam 8 pagi. Aktiviti yang menyihatkan badan ini adalah di"plan" oleh rakan saya... majoriti antara kami yang menyertai aktiviti ini adalah "student" poliku... best... !! bagi saya, ini merupakan 1st time mendaki santubong... pa lagi... compom la bersungguh-sungguh untuk menawan gunung santubong ni..hehehe.. ;P
yeaaahhzarrrrr....!!!
Blog Archive
Tuesday, 10 May 2011
Kami menyambung perjalanan. Selang beberapa minit kemudian, kami tiba di satu perhentian, di mana terdapat papan tanda hijau merujuk salah satu laluan ke Gunung Santubong iaitu laluan ke puncak. Kecuraman trek menokok secara ketara dan kepenatan menghadap bukit mencanak benar-benar kami rasakan.
Kemudian, kami tiba di cek poin F8 yang mempunyai bangku dan meja kayu. Berdasarkan papan yang tergantung di dahan pokok, masih ada 730 meter lagi jarak yang harus kami tempuhi. Kami benar-benar kemengahan dengan keringat mencurah tanpa henti sekali gus memaksa kami berehat di atas bangku. Bayu yang menghembus perlahan dari celah-celah dahan pokok yang menghijau memberikan kesegaran yang amat dinanti-nantikan oleh setiap pendaki.
Kami meneruskan perjalanan dan beberapa minit kemudian, kami melalui denai yang sangat mencanak. Kami turut memanjat tangga yang diperbuat daripada tali dan batang-batang kayu berwarna kehitaman yang berdiameter hampir dua inci. Tangga-tangga yang diletakkan di cerun yang sangat curam ini benar-benar membantu pendakian. Tanpa struktur yang ringkas ini, kami mungkin mengalami kesulitan untuk meneruskan perjalanan melalui trek yang berselirat dengan batu-batu pejal, akar-akar pokok yang berpintal dan daun-daun kering yang mereput.
Perasaan gementar turut dirasakan tatkala berpaut erat pada tangga-tangga tali. Namun, keterujaan menempuh halangan mengatasi segala-galanya. Ia merupakan pengalaman baru buat diri saya. (tak tau pula yang dh 2nd time...)
Kira-kira pukul 1.35 tengah hari, setelah berhempas pulas menempuh halangan demi halangan dan setelah menempuh cek poin demi cek point.. akhirnya berjaya menempuh sehingga ke puncak. Pengalaman mendaki di Gunung Santubong memakan masa lebih kurang empat jam untuk menawan puncak Santubong.
Pemandangan dari puncak yang menghadap Laut Cina Selatan sememangnya indah menawan menurut rakan2 yang pergi bersam-sama. namun hanya langit cerah membiru dengan kepulan awan putih kelabu pada ketika itu dapat dilihat, tetapi kesemuanya cukup menenangkan fikiran dan melegakan tubuh kami yang dibelenggu keletihan. Bayu laut menghembus lembut, menyegarkan badan yang bermandikan keringat setelah puas menongkah haluan yang penuh dengan halangan demi halangan.
pada kira-kira pukul 2.30 tengahari dan selepas bergambar kenangan dan keringat mula tersejat dari badan, kami beransur-ansur meninggalkan puncak.
andai kata aktiviti ini dianjurkan lagi... sudah pasti saya akan menawan semula untuk kali kedua....
prepaid by : onalz88 @naL
Subscribe to:
Posts (Atom)