Perasaan gementar turut dirasakan tatkala berpaut erat pada tangga-tangga tali. Namun, keterujaan menempuh halangan mengatasi segala-galanya. Ia merupakan pengalaman baru buat diri saya. (tak tau pula yang dh 2nd time...)
Kira-kira pukul 1.35 tengah hari, setelah berhempas pulas menempuh halangan demi halangan dan setelah menempuh cek poin demi cek point.. akhirnya berjaya menempuh sehingga ke puncak. Pengalaman mendaki di Gunung Santubong memakan masa lebih kurang empat jam untuk menawan puncak Santubong.
Pemandangan dari puncak yang menghadap Laut Cina Selatan sememangnya indah menawan menurut rakan2 yang pergi bersam-sama. namun hanya langit cerah membiru dengan kepulan awan putih kelabu pada ketika itu dapat dilihat, tetapi kesemuanya cukup menenangkan fikiran dan melegakan tubuh kami yang dibelenggu keletihan. Bayu laut menghembus lembut, menyegarkan badan yang bermandikan keringat setelah puas menongkah haluan yang penuh dengan halangan demi halangan.
pada kira-kira pukul 2.30 tengahari dan selepas bergambar kenangan dan keringat mula tersejat dari badan, kami beransur-ansur meninggalkan puncak.
andai kata aktiviti ini dianjurkan lagi... sudah pasti saya akan menawan semula untuk kali kedua....
prepaid by : onalz88 @naL
No comments:
Post a Comment